Sunday 19 March 2017

kasih tak terungkap

Judul: kasih tak terungkap
Penulis:Arina Raihana
Tahun:2008
Penerbitan:maziza sdn.bhd


Khairina telah berkahwin dengan Ikhwan di oversea semasa belajar. Ikhwan menyedari sukar untuk melepaskan khairina di sana keseorangan apabila mendapat pangilan daripada keluarganya di Malaysia. Keluarganya tidak mengetahui dia telah berkahwin dan tidak menyukai pilihan Ikhwan. Ikhwan terpaksa merahsiakan perkahwinannya. 

Setelah sampai ke Malaysia lain pula yang terjadi. Ayahnya sihat dan meminta ikhwan berkahwin. Berbulan2 Ikhwan di Malaysia tanpa ikhwan sedari khairina telah mengandungkan anaknya ketika dia tinggalkan sekejap. Khairina sentiasa menanti panggilan ikhwan. Khalid yang mengetahui khairina telah berkahwin menyebabkan perasaannya hancur. Khairina mengadung seorang diri di negara orang menyebabkan khalid bersimpati lalu bercuti tanpa gaji semata2 ingin menjaga khairina di sana.

Manakala ikhwan pula dipakasa berkahwin tanpa rela. Sebelum perkahwinan ikhwan telah kemalangan  dan koma. Dia juga telah kehilangan memori2 yang lepas. Menyebabkan taktik zurin untuk mendapatkan ikhwan terbuka luas. Ikhwan mengambil.masa yang lama untuk mengingati semula kejadian2 yang pernah berlaku dan menceritakan kisah perkahwinannya bersama khairina. Milia gembira kerana telah mendapat kakak ipar yang dia kenali pada zaman kanak2.


Selepas itu milia memberitahu khalid bahawa ikhwan kemalangan dan pernah berkahwin.  Pada masa itu barulah khalid mengetahui ikhwan adalah suami khairina dan memberitahu khairina. Ketika memberitahu keadaan ikhwan khairina dan haziq telah pulang ke Malaysia.


Ikhwan tidak dapat mengelak dan terpaksa bsrkahwin dengan zurin dan bekerja di syarikat bapa mentuanya. Pada masa yang sama khairina juga bekerja di sana. Kuasa Allah  akhirnya khairina dan ikhwan bertemu tanpa sengaja dan mengetahui haziq anaknya. Dia terpaksa berjumpa khairina dan haziq secara bersmbunyi. Khairina terpkasa menyembunyikan statusnya sebagai isteri orang.


Setelah 2 tahun perkahwinan zurin dan ikhwan, zurin mengetahui suaminya mempunyai perempuan simpanan dan ingin memusnahkan perempuan tersebut iaitu khairina..


Zurin mengupah orang until membunuh khairina dengan memotong wayar brek kereta khairina. Namun ketika kejadoanya ayah zurin  juga terlibat juga kerana khairina membawa le hospital kerana kesesakan nafas. Ayah zurin kebetulan di terengganu dan terjumpa khairina lalu meluahkan perasaannya pada khairina.  Ayah zurin meninggal di tempat kejadian apabila kereta yg khairina pandu terbabas akibat gagal membrek. Khairina keguguran anak ke dua. Berita kegembiraan yang dikongsi oleh ikhwan hanyalah seketika.  Zurin menjadi gila dan keluarga ikhwan dapat mnerima khairina dan haziq.  Ikhwan dan khairina menjaga zurin di hospital sakit jiwa. Zurin mengalami keguguran akibat terjatuh tangga apabila mendengar kematian ayahnya. Zurin bukan mengandung anak ikhwan kerana hati ikhwan hanyalah untuk khairina dan dia tidak pernah bersama dengan zurin. Dia menjaga zurin kerana bersimpati ke atas ibu mentuanya sahaja.





No comments:

Post a Comment