Sunday 19 March 2017

dia cinta yang kucari

Judul : dia cinta yang kucari
Penulis:rehan makhtar
Penerbitan : karya seni
Harga : rm27
Halaman:611


Lutfiya siswazah lulusan perakaunan menghadiri temuduga di sebuah syarikat. Pada masa yang sama kakaknya luthfina juga menghadiri temuduga di tempat yang sama dengan jawatan pembantu peribadi. Namun kerana kelalaian kerani di syarikat tersebut mereka tersalah ditemuduga. Luthfiya ditemuduga dengan payed atau mama bosnya fareed al fattah manalala fina pula ditemuduga dengan adik fayed iaitu fadlee al fallah dengan jawatan akauntan.


Akibat malas untuk menemuduga  fared telah memilih luthfiya menjadi pembantu peribadinya tanpa melihat kelayakan. Manakala kakaknya fina terpaksa ditolak kerana tidak sesuai jawatan yg dipohon dengan kelayakan.

Fadlee dan fayyed sangat berbeza perwatakan. Payed seorang yang playboy manakala fadlee seorang yang menghormati wanita dan kuat berkerja.


Hari pertama fiya bekerja setelah berjaya ditemuduga pada hari yang sama membuatkan juwa fiya tertekan. Fiya dibuli oleh fiya kerana fayed telah berkenan dan tertarik dengan fiya. Pada satu hari fiya diminta oleh fayed untuk membanti fadlee mengemas bilik fadlee. 

Fiya ternampak fadlee membuat akaun syarikat yang tidak seimbang. Ingin ditegur tetapi tidak sempat kerana fayed sudah memangil. Hari seterusnya fiya membantu fadlee mengemas dan menegur fadlee membuat akaun. Fadlee terkejut dengan cara fiya. Lalu dia melihat semula resemu yang ditemuduga. Rupanya mereka tersalah memilih orang.


Akhirnya tanpa pengetahuan fayed, fiya ditawarkan jawatan akauntan. Fayed marah dengan tindakan fadlee kerana membuat tindakan dan surat tawaran tanpa berbincang dengan dirinya.


Berbagai2 cara fayed lalukan  untuk mendekatkan dirinya dengan fiya. Satu peristiwa dimana fayed telah mencium dahi fiya ketika fiya selesai menunaikan solat asar di bilik fiya.  Peristiwa seterusnya membawakan fiya ke hotel namun dia tidak melalukan apa2 terhadap fiya. 


Selepas kejadian itu, fina dipanggil untuk diitemuduga jawatan pembantu peribadi payed dan diterima. Fina dikenalkan dengan koxx atau khairudin rakan seuniversiti fayed di oversea. Mereka berdua semasa di oversea terlalu berfoya2 dengan perempuan.

Fiya ditunangkan dengan fadlee. Akibat kekecewaan fayed ingin pergi jauh. Namun semasa proses penikahan fiya tanpa mengetahui nama sebenar bakal suaminya terus menandatangani borang penikahan. Selesai penikahan baru dia menyedari fayed suami yang baru menikahnya.


Tapi fayed tidak dapat menerima keadaan muka fiya yang berparut akibat jahitan terkena pasu semasa kecil kerana ditolak oleh fina. Parut itu sebesar lipan di sepanjang muka. Namun dapat ditutup oleh tudung. Fayed tidak menyukai perempuan yang tidak cantik dan meninggalkan fiya di malam pertama.

Semasa majlis di rumaah fayed mereka berjanji akan berpisah selepas fadlee menyambung pelajaran di oversea. Tempoh keberangkatan selama 2 minggu lagi. 

Selepas keberangkatan fadlee ke oversea mereka mengumumkan untuk bercerai. Namun ditentang oleh keluarga. Fayed dimarahi oleh keluarga lalu keluar rumah dan fayed terlibat dengan kemalangan.


Akibat kemalangan fayed lumpuh namun boleh dirawat. Akibat kecewa fayed tidak dapat menerima takdir tersebut. Fiya membantu fayed untuk berjalan semula.


Namun satu malam akibat keletihan fiya telah pengsan. Apabila sedar fiya tidak dapat menerima fayed dan keletihan untuk mengharungi dugaan ini. Fiya ingin berpisah dengan fiya namun rasa sayang fayed telah bercambah dan mereka bersama semula.


Fiya hidup bahagia dan dikurniakan anak kembar yang tidak seiras. Fayed menjadi suami yang terbaik kepada fiya dan  anak2. Kehidupan fayed juga telah berubah 100%.





No comments:

Post a Comment